Suara Damsyik

Jangan Biarkan Sehari Berlalu Tanpa Perjuangan

Konvensyen Pakatan Rakyat : Satu Kebersamaan Yang Dinanti

Posted by jubahputih02 on January 8, 2010

         

          Sejarah tercipta sudah, kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat dilihat telah berjaya membawa dunia baru kepada rakyat yang selama ini sentiasa ternanti-nanti suntikan yang bakal mengembalikan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Meskipun telah berlalu hampir tiga minggu, Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat julung kalinya diadakan oleh pembangkang di Malaysia ini masih hangat diperkatakan dan dibincangkan walaupun tidak kurang ada juga yang menganggap Konvensyen ini hanyalah sekadar satu gimik untuk menenggelamkan isu-isu yang menggugat Pakatan Rakyat selama ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PAS lebih kuat dan akan perkuatkan Pakatan Rakyat

Posted by jubahputih02 on November 8, 2009

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat

PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang tadi.

Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang tadi meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.

seminarResolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa’ juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PAS dibuka kepada semua

Posted by jubahputih02 on November 8, 2009

Oleh : Subky Latif

PAS mengambil langkah menyempurnakan dirinya dengan membuka keahliannya kepada sekalian rakyat Malaysia yang menerima dasar dan perjuangannya.

Sekalian anggota Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari bukan Islam dari semua kaum di Malaysia akan menjadi sayap baru bagi parti itu apabila muktamar khasnya meluluskan pindaan perlebagaannya nanti.

Adalah satu langkah berani dari gerakan Islam dalam rangka melakar satu pemikiran politik harapan dalam membentuk tamaddun masa depan Malaysia.

Islam adalah agama yang memimpin, sudah sewajarnya parti Islam itu melengkapkan dirinya menawarkan harapan politik masa depan bagi rakyat Malaysia mengikut roh dan ajaran Islam.

Malaysia tiada masa depan dengan corak politik pasca merdeka yang dikongkong pemikiran politik, ekonomi dan sosial lama, diselimuti pemikiran dan amalan perkauman acuan bekas penjajahnya, serta terbiar pula cengkaman rasuah yang menjelma menjadi budaya baru bagi bangsa itu.

Acuan lama pemikiran politik global tidak dapat memberi harapan masa depan kita justeru pemikian lama yang kekal dan berakar umbi itu tetap berada pada paksi pi mai pi mai tang tu jugak.

Maka PAS mesti membawa negara ini keluar dari kepompong politik lama itu dengan menyediakan dirinya sebagai wadah untuk s emua, membuka keahlian kepada semua adalah langkah mematang dan menyempurnakan kedudukannya.

PAS yang ada dengan keahliannya kepada umat  Islam saja ditubuhkan ketika Tanah Melayu masih dimiliki sepenuhnya oleh umat Melayu Islam. Sekalipun kemerdekaan dan kedaulatannya dirampas penjajah British, tetapi wilayah itu tetap milik watannya. Tetapi apabila ia dimerdekakan, ia tidak lagi jadi kepunyaan orang Melayu saja, bahkan ia adalah milik semua.

Jika UMNO yang menjada Perikatan/BN mendakwa ia telah menyedarinya lebih awal atau hampir 60 tahun dulu, tetapi politik UMNO itu adalah mendahului masa, menerimanya  sebelum ia menjadi milik semua atau ia bersetuju pusaka itu difaraid.

Mungkin langkah baru PAS itu dikira meniru pendekatan UMNO. Tetapi politik UMNO dulu itu bukan ia suatu realiti, bahkan ia politik terpedaya. Kalau PAS dikatakan membuntuti jalan yang dilalui UMNO setengah abad kemudian, ia adalah politik realiti.

PAS terbuka kepada semua dulu dan sekarang. Ketika ia ditubuhkan keahliannya adalah untuk semua. Keseluruhan rakyat masa itu adalah Melayu Islam. Sekarang rakyat negara ini bukan seluruhnya Islam. Keputusan terbaru yang PAS ambil itu adalah merealisasikan PAS itu adalah untuk sekalian rakyat pada masa ini.

Pemikiran itu telah lama terpancar. Ia pernah dicetuskan oleh Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Presiden PAS ketika pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy. Pandangan itu tertangguh dan beliau pula menemui ajal lebih cepat.

Ketika mula masuk era kepimpinan ulama di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dalam tahun 80an, saya memberi pandangan supaya PAS membuka keahliannya kepada bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Born To Be A Reader

Posted by jubahputih02 on November 3, 2009

Berdasarkan laporan kajian tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 12 buah buku setahun, berbanding hanya 5 muka surat setahun pada tahun 2004. Satu kajian juga telah dibuat terhadap ahli PPMS di Syria pada tahun 2008 memjelaskan bahawa ahli PPMS secara purata hanya membaca 2 buah buku setahun. Ini membuktikan bahawa amalan ‘membaca’ di kalangan ahli PPMS masih jauh ketinggalan berbanding rakyat di Malaysia sementelah negara-negara maju seperti Jepun. Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu dan ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Imam al-Qurtubi turut mengutarakan bahawa permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Ia juga merupakan antara dasar utama yang menjadi misi kita pada kali ini bagi membangunhebatkan setiap individu dikalangan kita. Justeru, penulis yang ‘melihat’ Islam itu di dalamnya tersirat 1001 macam keindahan ajarannya menggesa seluruh anggotanya mencari dan mendapatkan ilmu sama ada secara formal atau tidak formal dengan menjadikan membaca sebagai salah satu cara merealisasikannya.

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan anggota yang inginkan perubahan, memurnikan fikrah dan pemikiran, meningkatkan kefahaman, memperkaya peribadi dan akhlak, mengasah minda menjadi lebih kritis dan kreatif. Sehubungan itu, penulis kali ini akan melancarkan kempen tahun membaca iaitu kempen 1 bulan 1 buku, 12 bulan 12 buku.

Semua ini bagi menggerakkan dan mengujakan ahli PPMS agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus sebati pada setiap masa dan keadaan yang mana akhirnya kita berjaya mencetuskan satu ‘gelombang membaca’ di bumi Syam ini, InsyaAllah.

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

PAS adalah Gerakan Islam ,Bukan semata-mata Parti Politik

Posted by jubahputih02 on October 29, 2009

Parti Islam se Malaysia (PAS) adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini.

Siasah (politik) PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah.  Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan.  Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.

Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik.  Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiyyah (peribadi) dan ruuhiyyah (spiritual) masyarakat.

Justeru itu, kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah.

Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan.  Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah.

Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan.  Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam.

Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah.  Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras.  Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai.  Gemar bertelingkah dan suka memfitnah.  Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt.  Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal.  Sebaliknya berlumba-lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara.

Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu (saingan politiknya) kerana ia tidak sependapat dengan aku (atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi “demi kebaikan jamaah ….” @ ” demi masa depan jamaah …” dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar ” demi kebaikan aku …” @ ” demi masa depan politik aku …….”)

Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak.  Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang!  Bagaimana nak dapatkan undi Melayu dan Non-Malay!  Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam!  Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non-muslim akan menjauhi kita.

Sebagai anggota Gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam.  Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia.  Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam.  Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.

Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka.  Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan.  Bangga dengan tawadhu’ dan wara’nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat.  Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal.

Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya.  Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya.  Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka.  Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar.

Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa.  Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh.  Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut.  Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh.  Berjuang lah jangan tidak berjuang ….

Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam.  Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material.  Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini.  Jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik.

*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda Pusat PAS.

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

Pas Adakan seminar ganti muktamar

Posted by jubahputih02 on October 29, 2009

hadipress2

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

hadipressSelain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Posted in Siasah | Leave a Comment »

KOSMO Mesti Minta Maaf

Posted by jubahputih02 on October 29, 2009

kosmo-suratkhabarOleh : Ust Nasruddin Tantawi

1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyanggah sekeras-kerasnya tulisan di dalam akhbar KOSMO bertarikh 26 Oktober 2009 bertajuk Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat di musa surat 11.

2. Pemuda PAS Pusat sangat kesal kerana artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan murni rakyat yang menolak undang-undang zalim ISA.

3. Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum. Maklumat yang disampaikan juga tidak tepat bahkan jauh tersasar daripada fakta kejadian sebenar yang berlaku.

4. Peristiwa Memali tahun 1985 adalah suatu peristiwa hitam yang sangat bersejarah, apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata. Rakyat biasa yang mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA sehingga sanggup syahid.

5. Artikel ini juga telah turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam shah yang telah mencemar Duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Al Marhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalam syahid.

Posted in Isu | Leave a Comment »

PERAK : Umno Tidak Berani Sahut Cabaran

Posted by jubahputih02 on October 28, 2009

1pemuda pasRombongan Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ustaz Akmal (Ketua Penerangan)
2petugas mediaAntara wartawan dan petugas media yang hadir
3wakil umno1Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.
4perbincangan“Saya diarahkan untuk tidak menerima surat dari Dewan Pemuda PAS Perak” kata wakil UMNO kepada rombongan Pemuda Pas Perak.
Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI

Posted by jubahputih02 on October 25, 2009

tuan7Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

Cuba kalau yang menang di Bagan Pinang itu PAS

Posted by jubahputih02 on October 25, 2009

Oleh DINSMAN

Ya, bagaimana kalau yang menang di Bagan Pinang itu ialah calon PAS (Pakatan Rakyat) dan bukannya calon Umno-BN. Bagaimanakah keadaan kita selepas menerima berita kemenangan itu? Pastinya gembira sangat, ‘kan!Gembira sungguh, dan bahkan berkemungkinan besar akan terlebih gembira. Masakan tidak! Berturut-turut lapan kali pilihan raya kecil (PRK) di Semenanjung semuanya kita (Pakatan Rakyat) yang menang, termasuk dua antaranya merampas kerusi Umno. Rasa-rasa macam rakyat Malaysia sudah pun berubah dan sedar, serta sudah boleh menilai mana yang makruf dan mana yang mungkar, mana yang baik dan mana yang jahat.

Rasa-rasanya kita sudah pun bersedia untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan melalui pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. Tak ada masalah. Rakyat sudah bangkit. Mereka sudah faham perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, dan mereka sudah bersedia untuk memberikan undi mereka kepada kita. Rasa-rasanya kemenangan sudahpun berada di pihak kita. Lapan kemenangan berturut-turut dalam PRK itu sudah cukup untuk meyakinkan.

Kita pun jadi terlalu percaya dan yakin dengan kekuatan kita. Dan pastinya tidak akan timbul lagi upaya berfikir mengenai kelemahan kita dan upaya mengkaji semula strategi kita untuk meningkatkan persediaan bagi menghadapi PRK dan PRU akan datang. Kita yakin yang strategi dan cara berkempen kita sepanjang musim kempen itu semuanya betul, bijak dan berkesan. Tidak perlu lagi memikirkan kelemahan dan kesilapan.

Dan kita pun akan berkata: Tengoklah, rakyat Malaysia sudah faham dan menolak pemimpin yang tercemar dengan amalan rasuah. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima lagi budaya samseng dan ugut-mengugut itu. Rakyat Malaysia sudah celik politik, dan mereka tidak dapat diperdaya lagi dengan segala taktik menipu dan strategi jahat Umno-BN. Bahkan undi pos pun tidak lagi menjadi masalah kepada kita.

Nyaris-nyaris kita akan terpedaya dengan tanggapan, sentimen, komitmen dan emosi kita sendiri. Ya demikianlah segalanya boleh bertukar dengan semudah itu sahaja. Suatu fenomena yang sangat menarik untuk kita perhatikan. Betapa rapuh dan kaburnya apa yang kita anggap sebagai realiti sosio-politik itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »