Suara Damsyik

Jangan Biarkan Sehari Berlalu Tanpa Perjuangan

PAS lebih kuat dan akan perkuatkan Pakatan Rakyat

Posted by jubahputih02 on November 8, 2009

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat

PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang tadi.

Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang tadi meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.

seminarResolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa’ juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan seminar sehari itu sebagai berjaya apabila seluruh perwakilan menggunakan kesempatan yang ada untuk melontarkan pandangan dan kritikan untuk meningkatkan prestasi parti.

Bercakap dalam sidang media selepas selesai seminar berkenaan, Abdul Hadi turut berkata, seminar yang diadakan itu membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang terbuka dan demokratik apabila membenarkan segala kritikan dilontarkan.

“Alhamdulillah kita telah berjaya mengadakan satu seminar menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh negara kerana keterbukaan PAS secara demokratik.

“Bukan sahaja membenarkan dalaman parti untuk mengkritik secara membina bahkan kita menerima teguran dari tokoh luar yang bukan dari kalangan kita.

“Hari ini kita telah menunjukkan jiwa yang sangat besar apabila perwakilan dari seluruh negara telah berjaya melakukan perbincangan secara terkawal,”katanya kepada lebih 50 wakil media yang hadir.

Hadi turut mengulangi pendiriannya untuk memperkukuh kedudukan parti bersama Pakatan Rakyat bagi menghadapi segala cabaran yang akan datang.

“Kita (PAS) konsisten dan teguh dengan pakatan rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina dan perlu diperkukuhkan lagi bagi membuat perubahan dalam sistem demokrasi negara kita,” tegasnya.

Abdul Hadi juga menekankan, tiada sebab untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gembur pihak tertentu.

“Tidak ada sebab untuk kita tinggalkan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Menyentuh mengenai kritikan yang dibuat oleh tokoh akademik terhadap kepimpinan beliau, beliau berkata kritikan tersebut merupakan perkara biasa dan diterimanya baik.

“Kita dengar kritikan tu secara biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan ini ada yang benar, ada yang tak benar.Yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab,” ujarnya.

Seminar yang dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara itu mengundang dua tokoh akademik sebagai ahli panel iaitu pensyarah  Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah serta Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: