Suara Damsyik

Jangan Biarkan Sehari Berlalu Tanpa Perjuangan

Archive for the ‘Isu’ Category

KOSMO Mesti Minta Maaf

Posted by jubahputih02 on October 29, 2009

kosmo-suratkhabarOleh : Ust Nasruddin Tantawi

1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyanggah sekeras-kerasnya tulisan di dalam akhbar KOSMO bertarikh 26 Oktober 2009 bertajuk Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat di musa surat 11.

2. Pemuda PAS Pusat sangat kesal kerana artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan murni rakyat yang menolak undang-undang zalim ISA.

3. Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum. Maklumat yang disampaikan juga tidak tepat bahkan jauh tersasar daripada fakta kejadian sebenar yang berlaku.

4. Peristiwa Memali tahun 1985 adalah suatu peristiwa hitam yang sangat bersejarah, apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata. Rakyat biasa yang mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA sehingga sanggup syahid.

5. Artikel ini juga telah turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam shah yang telah mencemar Duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Al Marhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalam syahid.

Posted in Isu | Leave a Comment »

PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI

Posted by jubahputih02 on October 25, 2009

tuan7Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

Cuba kalau yang menang di Bagan Pinang itu PAS

Posted by jubahputih02 on October 25, 2009

Oleh DINSMAN

Ya, bagaimana kalau yang menang di Bagan Pinang itu ialah calon PAS (Pakatan Rakyat) dan bukannya calon Umno-BN. Bagaimanakah keadaan kita selepas menerima berita kemenangan itu? Pastinya gembira sangat, ‘kan!Gembira sungguh, dan bahkan berkemungkinan besar akan terlebih gembira. Masakan tidak! Berturut-turut lapan kali pilihan raya kecil (PRK) di Semenanjung semuanya kita (Pakatan Rakyat) yang menang, termasuk dua antaranya merampas kerusi Umno. Rasa-rasa macam rakyat Malaysia sudah pun berubah dan sedar, serta sudah boleh menilai mana yang makruf dan mana yang mungkar, mana yang baik dan mana yang jahat.

Rasa-rasanya kita sudah pun bersedia untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan melalui pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. Tak ada masalah. Rakyat sudah bangkit. Mereka sudah faham perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, dan mereka sudah bersedia untuk memberikan undi mereka kepada kita. Rasa-rasanya kemenangan sudahpun berada di pihak kita. Lapan kemenangan berturut-turut dalam PRK itu sudah cukup untuk meyakinkan.

Kita pun jadi terlalu percaya dan yakin dengan kekuatan kita. Dan pastinya tidak akan timbul lagi upaya berfikir mengenai kelemahan kita dan upaya mengkaji semula strategi kita untuk meningkatkan persediaan bagi menghadapi PRK dan PRU akan datang. Kita yakin yang strategi dan cara berkempen kita sepanjang musim kempen itu semuanya betul, bijak dan berkesan. Tidak perlu lagi memikirkan kelemahan dan kesilapan.

Dan kita pun akan berkata: Tengoklah, rakyat Malaysia sudah faham dan menolak pemimpin yang tercemar dengan amalan rasuah. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima lagi budaya samseng dan ugut-mengugut itu. Rakyat Malaysia sudah celik politik, dan mereka tidak dapat diperdaya lagi dengan segala taktik menipu dan strategi jahat Umno-BN. Bahkan undi pos pun tidak lagi menjadi masalah kepada kita.

Nyaris-nyaris kita akan terpedaya dengan tanggapan, sentimen, komitmen dan emosi kita sendiri. Ya demikianlah segalanya boleh bertukar dengan semudah itu sahaja. Suatu fenomena yang sangat menarik untuk kita perhatikan. Betapa rapuh dan kaburnya apa yang kita anggap sebagai realiti sosio-politik itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Posted by jubahputih02 on October 25, 2009

Oleh : AHMAD LUTFI OTHMAN

Aidilfitri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan. Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah.

Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa. Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang,  di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka  ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

Daripada Muqabalah, UG ke SELCAT: Kenapa PAS Selalu Dipersalahkan?

Posted by jubahputih02 on September 29, 2009

Oleh : Sdr Afyan

Akhir-akhir ini seolah-olah ada usaha untuk memburuk-burukkan PAS Selangor dan Dr Hassan Ali.

Bermacam-macamtuduhan dilemparkan; PAS Selangor sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Dr Hassan Ali ingin membawa PAS menyertai BN, Exco PAS tidak memberi kerjasama kepada Menteri Besar, dan sebagainya.

Ada-ada sahaja untuk memburuk-burukkan Dr Hassan Ali dan PAS Selangor. Apa sahaja tindakan Dr Hassan Ali dan PAS Selangor, pasti akan cuba untuk diburuk-burukkan.

Apa sahaja daripada Dr Hassan Ali akan dikatakan daripada Umno. Apa sahaja kata-kata daripada Dr Hassan Ali, dikatakan mahu membawa PAS masuk ke dalam Umno.

Lebih malang lagi, usaha memburuk-burukkan PAS ini datang daripada YB PAS sendiri yang selalu sahaja mencari pasal dengan ketuanya itu. Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat DAP pula yang terlebih sudu daripada kuah mengulas isu ini menyokong gesaan YB PAS tadi untuk Dr Hassan Ali keluar daripada Pakatan Rakyat.

Hairan, kenapa PAS selalu diserang dengan alasan PAS ingin menyertai BN?

Daripada isu muqabalah, kerajaan perpaduan, dan yang terkini isu SELCAT.

Seolah-olah YB PAS tersebut,  mewakili parti kepada lawan PAS kerana mendesak DR Hassan Ali keluar daripada PR.

Walhal, suatu ketika dahulu YB Azmin Ali juga pernah menegur Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan Selangor. Namun, tiada pula YB PAS tersebut mendesak YB Azmin Ali keluar daripada Pakatan Rakyat. Atau tiada pula dikatakan bahawa teguran  Azmin Ali adalah daripada Umno?

Setakat ini tidak ada wakil rakyat PAS yang mengugut hendak keluar daripada PAS. Yang pernah ada, wakil rakyat DAP yang mengugut untuk melakukannya di Kedah.

Malah, selepas PRU lepas, tidak ada lagi wakil-wakil rakyat PAS yang melompat parti menyokong Barisan Nasional. Yang pernah ada, wakil rakyat PRK dan wakil rakyat DAP yang melompat parti sehingga menggugat kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

PAS tidak pernah mengatakan  wakil-wakil DAP dan PKR mudah dibeli oleh BN lantaran insiden ngeri kejatuhan kerajaan PR di Perak, sekalipun yang terlibat hanyalah DAP dan PKR. Ini kerana PAS yakin dengan setia kawan di dalam PR. Ia boleh diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan cara menuduh membabi-buta.

Namun, kini apabila sedikit teguran daripada PAS kepada kerajaan PR, ada yang melenting tidak tentu hala. Kemudian akan dibidas, “mengapa tidak dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat?”.

Namun, tindak-tanduk rakan-rakan PR yang lain, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan rakyat?”.

Exco DAP mengarahkan memulangkan arak, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan rakyat”? Tidak!

MP dan Adun PKR meletak jawatan, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat”? Tidak!

PAS tidak pernah menuduh DAP dan PKR mengkhianati Pakatan Rakyat atas perkara-perkara tadi. Tidak pernah juga PAS menuding jari kepada rakan-rakan lain dengan bidasan “kenapa tidak dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat?” apabila Exco DAP mengarahkan memulangkan arak, atau Adun dan MP PKR meletak jawatan.

Semuanya disusuli dengan semangat setia kawan di dalam PR, tanpa menuduh yang bukan-bukan kepada rakan-rakan PR yang lain.

Jadi, adakah tidak wajar Dr Hassan Ali membuat teguran umum kepada SELCAT demi untuk penambahbaikan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Jadi, isunya di sini ialah ada sesetengah pihak termasuk YB PAS tadi yang sebenarnya mempunyai masalah peribadi dengan Dr Hassan Ali.

Apa sahaja daripada Dr Hassan Ali, akan diburuk-burukkan. Apa sahaja tindakan beliau, akan dikaitkan dengan Umno. Malah, menjadi bahan jenaka, seandainya Dr Hassan Ali menjual surat khabar lama kepada ahli Umno, akan dijadikan modal untuk mengaitkan dan menyerang Dr Hassan ingin membawa PAS masuk ke dalam BN.

Jika berita-berita angin ini disebar-sebarkan melalui blog-blog murahan atau pun daripada pimpinan-pimpinan parti lain, tidaklah ia menimbulkan konflik. Tetapi apabila ia digembar-gemburkan oleh seorang Ahli Parlimen PAS, ia adalah sesuatu yang melampau.

Jika benar Dr Hassan Ali ada usaha ingin membawa PAS masuk ke dalam BN, bawalah ke muka pengadilan dan kemukakan bukti. Malah, saya yakin PAS Selangor akan menolak Dr Hassan Ali jika benar beliau adalah ejen Umno, sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Jelas terlihat di sini, adalah masalah peribadi di antara MP PAS tersebut dengan Dr Hassan Ali. Tidak pernah pula saya terdengar daripada beliau, atau terbaca di blog beliau yang mengkritik pimpinan PKR dan DAP sebagaimana beliau mengkritik sebegitu rupa Dr Hassan Ali.

Atau, ada agenda lain di sebalik semua ini?

(Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak –)

Posted in Isu | Leave a Comment »

Wajah Baru Kartika Sari Dewi

Posted by jubahputih02 on September 27, 2009

Kartika Sari Dewi Shukarno poses during her family's Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country's first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support.Kartika Sari Dewi Shukarno poses during her family’s Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country’s first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support.

Kartika Sari Dewi Shukarno (R) listens to a guest during her family's Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country's first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support. Kartika, 32, was caught drinking beer in a hotel and faces six strokes of the cane.

Kartika Sari Dewi Shukarno (2nd L) attends to her guests during her family's Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country's first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support. Kartika, 32, was caught drinking beer in a hotel and faces six strokes of the cane.

Kartika Sari Dewi Shukarno (L) greets a guest during her family's Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country's first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support. Kartika, 32, was caught drinking beer in a hotel and faces six strokes of the cane.

Kartika Sari Dewi Shukarno stands with her father, Shukarno, as she speaks to journalists during their Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country's first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support.Kartika Sari Dewi Shukarno stands with her father, Shukarno, as she speaks to journalists during their Eid al-Fitr open house in Sungei Siput, 350 km (217 miles) north of Kuala Lumpur, September 24, 2009. The end of the Muslim fasting month of Ramadan last weekend could see Islamic authorities in Malaysia carry out the country’s first caning sentence on a woman, a punishment that is fast gaining support.

Kartika Beraya Bersama Keluarga

Sesungguhnya Allah Itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang…. Alhamdulillah, semoga Ramadhan dan Syawal pada tahun ini sebagai titik tolak  perubahan besar dalam hidup Kartika

Posted in Isu | Leave a Comment »

Mat Sah Bebas, Tapi Perjuangan Norlaila Belum Berakhir

Posted by jubahputih02 on September 27, 2009

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

KETIKA warga Sandakan yang bermaustautin di Lembah Klang berpusu-pusu balik kampung menyambut Aidilfitri, kami – untuk tahun kedua berturut-turut pada hari-hari akhir Ramadan – ikut memenuhkan tiap kerusi pesawat AirAsia, bagi menyampaikan sumbangan ikhlas pembaca Harakah buat keluarga bekas tahanan borong ISA, yang dibebaskan lebih kurang 100 hari lalu.

“Kita macam orang balik kampung juga,” kata saya kepada Norlaila Othman, isteri tahanan ISA, Mat Sah Satray ketika berasak-asak menunggu bagasi di Lapangan Terbang Sandakan. Beliau ditemani anaknya, Suhaib, 16 tahun. Ketika itu, jam 10.15 pagi, 15 September, 25 Ramadan, tidak siapa menduga Mat Sah akan dibebaskan pada petangnya, semasa isteri dan anaknya bersama rombongan Harakah, menziarahi lima keluarga yang pernah dizalimi ISA, jauh di seberang lautan!

Dibantu berapa kenalan, lawatan kali kedua kami dibuat senyap-senyap, menyedari kemungkinan bekas tahanan ISA tidak mahu diri mereka disorot media secara ‘berlebihan’. Maklumlah, biasanya setiap bekas tahanan akan diikat dengan pelbagai peraturan dan sekatan. Pastinya kami tidak mahu menambah bebanan mereka sekeluarga, apatah lagi untuk dijadikan alasan untuk menahan mereka kembali.

Kunjungan pertama, sebaik sahaja melepaskan lelah di hotel Tyng Garden, adalah ke rumah bekas tahanan Abd Jamal Azahari, di Batu 19, Sandakan.

Terkesan dengan penderitaan

Semasa menziarahi isterinya, Norhatta, tahun lalu, kami cukup terkesan dengan penderitaan keluarga berkenaan terutama hal tujuh anak-anak mereka yang tidak bersekolah. Kali ini, saya ingin sekali bertemu dengan Jamal dan bekas tahanan yang lain.

Malang sekali apabila Norhatta memaklumkan suaminya terus dihantar pulang ke Filipina sebaik dibebaskan daripada Kamunting dan ditahan di penjara Manila. Beliau dan anak-anak belum sempat berjumpa orang yang paling mereka sayangi itu. Mujur ada adik Jamal di Manila yang tiap hari membawa makanan halal ke penjara.

Saya perhatikan kedai runcit Norhatta bagai tidak terjaga, yang ada hanya barang-barang lama yang mungkin sudah ‘luput tarikh’.

Apa pun Norhatta, seperti tahun lalu juga, cukup tenang, sambil sesekali memeluk manja anak-anak kecilnya. Tiada riak gusar di wajahnya. Tapi siapa tahu gelodak di hatinya apabila suami yang dibebaskan masih tiada di sisi. Beliau menimbang kemungkinan akan balik ke kampung asal di selatan Filipina.

Pertemuan kami dengan bekas tahanan Francis Indanan di tingkat tiga, flat PPR, Taman Mesra, Sandakan, berjalan penuh mesra. Mulanya saya melarang Ali Bukhari Amir mengambil gambar, bimbang kesan negatif menyusul. Bagaimanapun Francis yang ramah bercerita bukan saja membenarkan potretnya dirakam, malah mahu isu sekatan terhadap pergerakannya, sehingga menyukarkan untuk menyara keluarga, segera ditonjolkan.

Riang betul anak-anaknya dan isteri, Jobaidah Jamil, berbeza dengan suasana ketika kami bersama-sama berbuka puasa tahun lepas bersama pimpinan PAS setempat.

Suasana sama turut dirasai di rumah Hapipah Manji di Kampung Tinosa 2, perkampungan atas air. Suami Hapipah, Zainun Rashid petang Selasa itu uzur, sering batuk-batuk dan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dua anak mereka, terutama si lelaki petah berbicara.

Patutlah, rupanya anak kecil 6 tahun ini berbakat besar membaca puisi dan bernasyid, dan tidak pernah absen mengikuti ayahnya ke masjid, berterawih dan solat Subuh.

Wanita berhati besi

Ketika menunggu waktu berbuka di bilik hotel selepas membeli juadah di bazar Ramadan berdekatan, saya dimaklumkan suami wanita berhati waja, Norlaila telah dibebaskan.

Saya terus menghubunginya di bilik sebelah. Nada bicaranya masih sama walaupun jelas sarat dengan kegembiraan, disulami rasa syukur yang tidak putus-putus dilafazkan. Sempat juga Norlaila mengomel tentang kenyataan menteri, Hishammuddin Hussein yang mendakwa tahanan telah insaf selepas menjalani ‘pemulihan’.

Beliau memberitahu, Mat sah menelefonnya apabila mendapati rumah mereka di Keramat berkunci dan tiada siapa di dalam. Sungguh terharu membayangkan, isteri yang dipisahkan secara paksa dengan suami, sejak 18 April 2002, berada jauh di rantau waktu orang tercinta dibebaskan.

Bukti nyata Norlaila gigih berjuang – sehingga ke Geneva – bukan hanya demi pembebasan suami tetapi juga mahu akta zalim itu dimansuhkan. Hingga kadang-kadang saya pun sering alpa bahawa Cikgu Laila juga seorang mangsa …

Saya pasti obor perjuangannya bukan saja sukar dipadamkan dengan pembebasan suaminya, malah kian marak menyala. Mendengar cakapnya di hujung talian sebelum sahur tadi, seperti beliau tidak mahu berehat, cuma saya berpesan ‘sesuatu itu ada masa untuknya, raikanlah’.

* Artikel ini ditulis pada malam 15 September lalu. Pengarang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin_

Posted in Isu | Leave a Comment »

AMARAN RASULULLAH KEPADA F.R.U

Posted by jubahputih02 on August 18, 2009

tuan7Oleh : Ust Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

 isa1i

Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan diluar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya.

fruTembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK?

Posted by jubahputih02 on August 18, 2009

1malaysia_umno_bohong2OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis ‘Ajar Ronnie dengan ISA’; ‘Pakatan Rakyat Halalkan Arak’ dan ‘Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)’.

“Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »

Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat

Posted by jubahputih02 on July 26, 2009

idris ahmadParti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu | Leave a Comment »