Suara Damsyik

Jangan Biarkan Sehari Berlalu Tanpa Perjuangan

Archive for the ‘Siasah’ Category

Konvensyen Pakatan Rakyat : Satu Kebersamaan Yang Dinanti

Posted by jubahputih02 on January 8, 2010

         

          Sejarah tercipta sudah, kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat dilihat telah berjaya membawa dunia baru kepada rakyat yang selama ini sentiasa ternanti-nanti suntikan yang bakal mengembalikan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Meskipun telah berlalu hampir tiga minggu, Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat julung kalinya diadakan oleh pembangkang di Malaysia ini masih hangat diperkatakan dan dibincangkan walaupun tidak kurang ada juga yang menganggap Konvensyen ini hanyalah sekadar satu gimik untuk menenggelamkan isu-isu yang menggugat Pakatan Rakyat selama ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PAS lebih kuat dan akan perkuatkan Pakatan Rakyat

Posted by jubahputih02 on November 8, 2009

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat

PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang tadi.

Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang tadi meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.

seminarResolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa’ juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PAS dibuka kepada semua

Posted by jubahputih02 on November 8, 2009

Oleh : Subky Latif

PAS mengambil langkah menyempurnakan dirinya dengan membuka keahliannya kepada sekalian rakyat Malaysia yang menerima dasar dan perjuangannya.

Sekalian anggota Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari bukan Islam dari semua kaum di Malaysia akan menjadi sayap baru bagi parti itu apabila muktamar khasnya meluluskan pindaan perlebagaannya nanti.

Adalah satu langkah berani dari gerakan Islam dalam rangka melakar satu pemikiran politik harapan dalam membentuk tamaddun masa depan Malaysia.

Islam adalah agama yang memimpin, sudah sewajarnya parti Islam itu melengkapkan dirinya menawarkan harapan politik masa depan bagi rakyat Malaysia mengikut roh dan ajaran Islam.

Malaysia tiada masa depan dengan corak politik pasca merdeka yang dikongkong pemikiran politik, ekonomi dan sosial lama, diselimuti pemikiran dan amalan perkauman acuan bekas penjajahnya, serta terbiar pula cengkaman rasuah yang menjelma menjadi budaya baru bagi bangsa itu.

Acuan lama pemikiran politik global tidak dapat memberi harapan masa depan kita justeru pemikian lama yang kekal dan berakar umbi itu tetap berada pada paksi pi mai pi mai tang tu jugak.

Maka PAS mesti membawa negara ini keluar dari kepompong politik lama itu dengan menyediakan dirinya sebagai wadah untuk s emua, membuka keahlian kepada semua adalah langkah mematang dan menyempurnakan kedudukannya.

PAS yang ada dengan keahliannya kepada umat  Islam saja ditubuhkan ketika Tanah Melayu masih dimiliki sepenuhnya oleh umat Melayu Islam. Sekalipun kemerdekaan dan kedaulatannya dirampas penjajah British, tetapi wilayah itu tetap milik watannya. Tetapi apabila ia dimerdekakan, ia tidak lagi jadi kepunyaan orang Melayu saja, bahkan ia adalah milik semua.

Jika UMNO yang menjada Perikatan/BN mendakwa ia telah menyedarinya lebih awal atau hampir 60 tahun dulu, tetapi politik UMNO itu adalah mendahului masa, menerimanya  sebelum ia menjadi milik semua atau ia bersetuju pusaka itu difaraid.

Mungkin langkah baru PAS itu dikira meniru pendekatan UMNO. Tetapi politik UMNO dulu itu bukan ia suatu realiti, bahkan ia politik terpedaya. Kalau PAS dikatakan membuntuti jalan yang dilalui UMNO setengah abad kemudian, ia adalah politik realiti.

PAS terbuka kepada semua dulu dan sekarang. Ketika ia ditubuhkan keahliannya adalah untuk semua. Keseluruhan rakyat masa itu adalah Melayu Islam. Sekarang rakyat negara ini bukan seluruhnya Islam. Keputusan terbaru yang PAS ambil itu adalah merealisasikan PAS itu adalah untuk sekalian rakyat pada masa ini.

Pemikiran itu telah lama terpancar. Ia pernah dicetuskan oleh Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Presiden PAS ketika pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy. Pandangan itu tertangguh dan beliau pula menemui ajal lebih cepat.

Ketika mula masuk era kepimpinan ulama di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dalam tahun 80an, saya memberi pandangan supaya PAS membuka keahliannya kepada bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Pas Adakan seminar ganti muktamar

Posted by jubahputih02 on October 29, 2009

hadipress2

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

hadipressSelain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Posted in Siasah | Leave a Comment »

PERAK : Umno Tidak Berani Sahut Cabaran

Posted by jubahputih02 on October 28, 2009

1pemuda pasRombongan Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ustaz Akmal (Ketua Penerangan)
2petugas mediaAntara wartawan dan petugas media yang hadir
3wakil umno1Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.
4perbincangan“Saya diarahkan untuk tidak menerima surat dari Dewan Pemuda PAS Perak” kata wakil UMNO kepada rombongan Pemuda Pas Perak.
Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Zulkefly Mohamad Omar calon PAS PRK Bagan Pinang

Posted by jubahputih02 on September 29, 2009

calon bpinangTELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Isu Mirzan Mahathir : Apa Jawapan Para Mufti

Posted by jubahputih02 on September 29, 2009

Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor. Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.

Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak. Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor. Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.

Memang pelik, di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam syarikat arak. Pendedahan terbaru tentang Mirzan ini cukup menyedihkan umat Islam. Sekarang rakyat menunggu reaksi pemimpin Umno dan reaksi bekas Perdana Menteri sendiri. Rakyat juga sedang menantikan apa jawapan mufti-mufti dalam hal ini.

Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, “Ini adalah urusan perniagaan sahaja.”

Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah Negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pengeluaran arak hingga menjadi 1 %, adakah syarikatnya dikira bersih ?

Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan ?

Rakyat Malaysia yang menghina lagu Negaraku akan dikenakan hukuman bila pulang dari luar Negara kerana dikatakan menghina rakyat dan Negara Malaysia. Apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada Mirzan kerana menghina Islam secara terang-terangan ?

Jika, Mirzan Mahathir seorang yang bermaruah dan sayangkan agama anutannya. Letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Bertaubat dan carilah rezeki dengan cara halal.

Posted in Siasah | Leave a Comment »

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?

Posted by jubahputih02 on September 27, 2009

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis ‘Ajar Ronnie dengan ISA’; ‘Pakatan Rakyat Halalkan Arak’ dan ‘Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)’.

“Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Bila Agong Tersenyum Lebar, Apakah Rahsianya?

Posted by jubahputih02 on September 27, 2009

Oleh : AhmadHadeed

2agongrasmi2lu0-1Saya terpandang satu gambar yang menarik , senyuman seorang Agong kepada seorang ulama. Betapa Indahnya suasana itu. Apakah rahsia disebalik senyuman itu. Malah permaisuri Agong pun turut tersenyum.

Mungkin mereka nostalgic mengenang saat manis semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. Itulah peristiwa yang berlaku di Parlimen. Gandingan Sultan dan Ulama memang telah menjadi budaya orang Melayu.

Terengganu di zaman pemerintah Islam sebelum penjajahan British, aman berada di bawah pemerintahan Sultan di bantu oleh ulama terkenal saperti Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyung. Terdapat juga Sultan yang juga seorang ulama. Memang Terengganu penuh dengan ulama terbilang dalam ilmu dan akhlaq.

Oleh kerana Sultan memandang tinggi kedudukan ulama maka rakyat turut berlumba lumba untuk menuntut ilmu ugama bagi menjadi barisan pelapis ulama. Kegiatan mengajar kitab wujud di merata ceruk negeri Terengganu. Orang baik mengatasi orang jahat. Alangkah bagus nya kita wujud kembali semua itu di semua negeri di Malaysia. Semoga Ruh Islam kembali berseri memenuhi bumi.

Posted in Siasah | Leave a Comment »

Tragedi Manek Urai : Apa Yang Kita Tidak Tahu

Posted by jubahputih02 on July 15, 2009

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin 
Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut 

Read the rest of this entry »

Posted in Siasah | Leave a Comment »