Suara Damsyik

Jangan Biarkan Sehari Berlalu Tanpa Perjuangan

Archive for the ‘Thaqafah’ Category

Natrah & Kronologi

Posted by jubahputih02 on July 12, 2009

buku natrahSumber : Wikipedia Bahasa Melayu.

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Kronologi

24 Mac 1937 :: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 :: Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 :: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 :: Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

19 Ogos 1949 :: Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

September 1949 :: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

12 April 1950 :: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 :: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

24 April 1950 :: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April 1950 :: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 :: peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950 :: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 :: kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950 :: Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 :: Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

12 Disember 1950 :: Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 :: Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.

Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 :: Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 :: Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 :: Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 :: Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

25 Januari 1953 :: Surat Mansor Adabi kepada Natrah

Mac 1953 :: Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.

20 Julai 1953 :: Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 :: Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 :: Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 :: Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 :: Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

20 Januari 1959 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 :: Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 :: Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 :: Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976 :: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 :: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 :: Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 :: Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

1984 :: Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 :: Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

■Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Pada tahun 1992 :: kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 :: Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

ibu & natrahIbu kandung, Adeline dan Natrah

mansur adabi&natrahMansor Adabi & Natrah

rusuhanRusuhan di Singapura mempertahankan akidah Natrah

rusuhan di singapura

Lagi rusuhan

Advertisements

Posted in Thaqafah | Leave a Comment »

Shamsiah Fakeh ; Wirawati Yang Tidak Didendang

Posted by jubahputih02 on July 8, 2009

Shamsiah Fakeh (80 tahun) meninggal dunia pada 20 Oktober 2008 yang lalu di rumah anak beliau di Jalan Kuchai Lama. Bagi generasi baru, mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh besar ini. Mungkin ada mengenali beliau sebagai penderhaka seangkatan dengan Chin Peng dan Rashid Maidin. Apa yang menarik tentang beliau:  

  1. Beliau merupakan manusia pertama di atas muka bumi tanah melayu menjawat presiden pertubuhan wanita (Angkatan Wanita Insaf) bagi memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu.
  2. Dilahirkan pada 1924 di Kampung Gemuruh Kuala Pilah Negeri Sembilan dan mendapat pedidikan awal di Madrasah Aliah Isliah di Pelangai Negeri Sembilan. Kemudiannya menyambung pengajian di Madrasah Tuddimiah Padang Panjang Sumatera. Disinilah beliau banyak terpengaruh dengan Lebai Madah seorang seorang ulama dan reformis Islam yang berpengaruh.
  3. Berkahwin sebanyak 5 kali. Perkahwinan pertama ketika beliau berusia 17 tahun dan ditinggalkan oleh suami petama Yasin Kina, ketika sarat mengandung anak kedua. Kedua-dua anak beliau meninggal ketika masih bayi.
  4. Berkahwin dengan suami kedua, J.M Rusdi dan akhirnya berpisah setelah mengetahui suaminya adalah talibarut Jepun.
  5. Perkahwinan ketiga beliau dengan Ahmad Boestamam (pimpinan pemuda PKMM) akibat desakan kuat dalam diri beliau untuk mempelajari sepak terajang politik. Perkahwinan ini bertahan hanya seketika setelah beliau tidak berpuashati apabila suaminya sanggup membayar denda yang dikenakan oleh penjajah akibat buku tulisan Ahmad Boestamam yang dianggap menghasut kepada kerajaan.
  6. Perkahwinan keempat bersama Wahi Anuar, pimpinan Parti Kominis Malaya. Wahi Anuar kemudiannya ditanggap dan dipenjarakan oleh British selama 15 tahun dan meninggal pada tahun 1980.
  7. Perkahwinan terakhir, juga bersama pimpinan Parti Komunis Malaya, Ibrahim Mohamad pada tahun 1956 dan berkekalan hinggalah suaminya meninggal pada tahun 1996.
  8. Penglibatan awal beliau bersama UMNO dan akhirnya memilih untuk berjuang di dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya kerana merasakan UMNO tidak bersungguh-sungguh memerdekakan Tanah Melayu sebaliknya menjadi boneka kepada kerajaan penjajah. Beliau diberi kepercayaan memimpin sayap wanita PKMM yang di beri nama Angkatan Wanita Insaf (AWAS)
  9. Susulan daripada pengharaman pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri pada tahun 1948 (kecuali UMNO), Shamsiah Fakeh berundur ke hutan untuk berjuang secara gerila dengan menyertai Regimen ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaysia di bawah Parti Komunis Malaya.
  10. Pelbagai peristiwa perit getir di tempuhi semasa bergera secara gerila di hutan seperti yang di rakamkan di dalam memoir ketika sesat di hutan Pahang dan akhirnya betemu perkampungan di seberang sungai. Beliau menyebut: “Sungguh malang pula aku sebenarnya tak pandai mendayung. Apabila kukayuh, sampan itu berpusing-pusing di tempat itu juga. Hatiku merasa sangat kesal kerana tak pandai mendayung sampan. Akhirnya sampan itu terbalik dan aku terjun ke dalam air. Sungguh sedih dan malang lagi, aku tidak pandai berenang pula.”
  11. Beliau melahirkan anak ketiga semasa bergerak di dalam hutan dalam keadaan diburu tentera British. Untuk seketika beliau bergerak di hutan, meredah paya dan sungai,bukit dan lurah dengan mengendong anak yang masih merah yang ketika itu berusia satu bulan setengah. Beliau menyebut di dalam memoirnya “Ada masanya badan anakku itu telah digigit oleh pacat sampai 20 ekor, Aku membuang pacat itu seekor demi seekor yang sudah kenyang makan darah anakku.”
  12. Beliau menceritakan pengalaman getir diserang hendap tentera British hingga terpisah seorang diri bersama anak dari anggota yang lain. Ketika itu, beliau bersama dengan anggotanya yang lain tertidur akibat keletihan selapas seharian berjalan. Terkejut akibat, dihujani tembakan yang bertalu-talu beliau dan anggota pasukan yang lain bertempiaran menyelamatkan diri, sehinggakan beliau tertinggal anaknya yang nyenyak tidur di perdu pokok.
  13. Atas naluri keibuan,beliau nekad kembali ketempat diserang untuk mendapatkan anak yang ditinggalkan. Dengan ribuan hemburan peluru tentera British serta hujan yang lebat ditengah-tengah hutan Pahang beliau berjaya mendapatkan kembali anaknya dan terselamat dari terkena sebarang tembakan.
  14. Demi keselamatan, beliau menyerahkan anaknya kepada orang tengah untuk diserahkan dan dijaga oleh orang kampong. Malangnya, anaknya dibunuh dengan dihempap ke atas batu sehingga mati. Perkara ini hanya diketahui oleh beliau beberapa tahun kemudian.
  15. Disebabkan peristiwa inilah beliau dituduh membunuh anaknya sendiri. Didalam memoirnya beliau menyebut “Sebagai seorang ibu yang telah menyelamatkan anaknya di tengah-tengah hujan peluru tentera penjajah dan bersama-sama pula dengan anak sesat selama empat hari tiga malam dengan penuh sengsara, dan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, tergamakkah seorang ibu membunuh anaknya sendiri?”
  16. Shamsiah Fakeh meneruskan perjuangan secara gerila hingga beliau bersama suaminya dihantar ke China oleh Parti Komunis Malaya bagi melanjutkan pelanjaran.
  17. Penyertaan beliau di dalam komunis adalah didorong semangat menentang penjajah British bukannya diatas kekuatan yang dimiliki oleh komunis.
  18. Beberapa insiden yang berlaku di dalam Parti komunis menyebabkan beliau semakin disisihkan daripada parti dan akhirnya dipecat pada tahun 1972. Selepas pemecatan beliau kekal menetap di Cina ekoran diharamkan daripada memasuki Malaysia. Beliau menetap Xiangtan, Hunan dan bekerja di kilang besi.
  19. Beliau memohon untuk kembali ke Malaysia semenjak 1985 dan hanya dibenarkan berbuat demikian pada 1994 setelah perjanjian damai dimerterai antara Parti Komunis Malaysia dan kerajaan Malaysia.
  20. Beliau diharamkan daripada terlibat dengan mana-mana aktiviti politik dan program-program umum bersama masyarakat sebagai syarat penerimaan beliau pulang ke tanah air tercinta.
  21. Semenjak tahun 1999 beliau mengidap strok dan akhinya wirawati ini meninggal pada tanggal 20 oktober 2008 di kediaman anak beliau Jamaludin Ibrahim.

Shamsiah Fakeh adalah anta wira-wira yang tidak didendangkan di dalam sejarah kemerdekaan Malaysia. Nama tokoh-tokoh seumpama ini seolah dipadamkan dari pengetahuan umum. Sedangkan merekalah generasi awal yang bangkit dari tengah-tengah masyarakat berjuang dengan darah bagi memerdekan tanah air sendiri. Adalah satu jenayah, sekiranya jika ada yang masih beranggapan kita merdeka tanpa sebarang pertumpahan darah.

Posted in Thaqafah | Leave a Comment »

Kezaliman ISA terdedah di sidang hak asasi PBB Geneva

Posted by jubahputih02 on July 7, 2009

Oleh Norlaila Othman

“SAYA sangka Malaysia sebuah syurga …,” kata Julunya dari Sudan.

“Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu,” kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.

“Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia,” kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.

Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.

Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka.

Tidak pernah terlintas

Sejak melibatkan diri dalam kempen anti-ISA bersama Gerakan Mansuh ISA (GMI), tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa suatu hari nanti, saya berpeluang menyatakan kezaliman ISA dalam sebuah dewan yang tersohor di Persidangan PBB, Geneva.

Begitu juga selama ini, saya tidak pernah terfikir akan begitu sabar menanggung perasaan sebagai seorang wanita yang ketiadaan suami dan pada masa sama menghadapi karenah dan kejahatan akta tahan tanpa bicara ISA ini sehingga tujuh tahun lamanya. Saya yakin, semuanya terjadi dengan izin Allah.

Kehadiranku di ‘Human Rights Council Eleventh Session’ di PBB sesi Jun 2009 ini adalah satu kesinambungan daripada kempen ‘menulis surat’ selama enam bulan pada sepanjang tahun 2008.

Ketika itu, sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA anjuran GMI, saya mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 surat dapat disampaikan oleh rakyat Malaysia kepada Menteri Dalam Negeri dan ‘Office of High Commissioner for Human Rights (OHCHR)’ di PBB.

Walaupun sasaran itu kurang sedikit, kami berjaya menghantar lebih 20,000 surat ke PBB dan sejumlah yang sama kepada Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. GMI mendapat respons positif daripada OHCHR yang berada jauh beribu-ribu kilometer iaitu di Geneva tetapi anehnya langsung tidak mendapat sebarang berita daripada pejabat Menteri Dalam Negeri yang cuma terletak di Putrajaya.

Kempen bersama IHRC

Mungkin ramai tidak tahu bahawa isu tahanan tanpa bicara suamiku, Mat Sah Mohd Satray telah dihantar ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2007 melalui Islamic Human Rights Commision (IHRC) yang berpangkalan di London.

IHRC telah menyediakan satu kempen pek lengkap mengenai akta zalim ISA di Malaysia dan Mat Sah dijadikan contoh tahanan yang masih dipenjara tanpa bicara di Kem Kamunting. GMI mendapat kerjasama yang amat baik daripada IHRC manakala sokongan rakyat Malaysia terhadap aktiviti ‘menulis surat’ itu telah melonjakkan kempen itu ke perhatian PBB pula.

Jika diimbas kembali, ia seolah-olah satu perjalanan yang sangat panjang, tetapi sokongan berterusan daripada rakyat Malaysialah yang memberi kekuatan kepadaku untuk berusaha keras mencari peluang dan dana bagi memastikan kezaliman ISA dapat disuarakan di United Nation di bumi Switzerland ini.

Pemergianku ke Geneva baru-baru ini juga merupakan salah satu daripada dua perkara utama dalam ‘retreat’ GMI bagi tahun 2009 ini selain daripada Himpunan Mansuh ISA yang dalam peringkat mobilisasi massa sekarang.

Saya dan aktivis lain di GMI amat menyedari, selain penahanan tujuh tahun yang sudah terlalu lama pada abad ke-21 ini, tidak dapat dinafikan gelombang kesedaran rakyat terhadap isu tahan tanpa bicara ISA ini begitu kuat sekali hingga menyebabkan PM Najib Razak dalam ucapan perdananya terpaksa menyatakan bahawa beliau akan mengkaji semula ISA dan pada masa yang sama membebaskan 13 tahanan ISA pada 2 April lepas.

Kemudian pada bulan Mei baru-baru ini, sekumpulan 13 tahanan ISA lagi telah dibebaskan tetapi malangnya Mat Sah masih belum dibebaskan.

Permusafiran di Geneva

Geneva, yang terletak bersempadanan dengan Perancis adalah sebuah bandar raya yang sederhana besarnya, jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisonal ini memang terkenal di serata dunia sebagai sebuah tempat amat terkenal dengan pengeluaran jam tangan.

Tidak hairanlah di sepanjang jalan, terdapat deretan kedai-kedai menjual jam tangan berjenama seperti Rolex, Reymond Weil, Tissot, Oris dan pelbagai lagi.

Walaupun kami agak letih sepanjang 20 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Geneva, panorama alam seindah banjaran Alps yang masih ada selapis salji di atasnya, pemandangan Tasik Geneva yang begitu mengasyikkan dengan hembusan angin musim panas yang dingin dan nyaman seolah-olah melupakan seketika bahawa saya datang ke sini untuk menyampaikan kepada dunia, satu kisah kezaliman yang belum tahu bilakah penghujungnya.

Kami berempat iaitu saya, Nalini dan John daripada Suaram serta Andrew daripada Bar Council terpaksa melalui jadual yang agak ketat. Setiap hari, kami keluar dari hotel menuju ke bangunan United Nations seawal jam 8.00 pagi dan kemudian kembali ke hotel pada jam 7 atau 8 malam.

Pada hari pertama, kami dimestikan mendaftar sebagai salah seorang peserta yang akan berucap dan kemudian sebahagian besar masa dihabiskan bertemu peserta daripada beberapa NGO negara lain untuk menyampaikan mesej pencabulan hak asasi yang terkandung dalam ISA kepada mereka.

Dalam proses memurnikan ucapan yang telah lama didraf, aku mengimbau kembali peranan ‘OHCHR- United Nations’ dalam isu ISA ini, badan dunia itu telah mengeluarkan satu perisytiharan ‘Arbitrary Detention’ terhadap Mat Sah sejak bulan November 2008 lagi.

Tahanan masuk tahun ke-8

Selain perisytiharan itu, mereka juga telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya Mat Sah dibicarakan atau dikeluarkan saja dari Kem Kamunting kerana sebaik saja selesai meneliti laporan dari pihak GMI dan pihak Kerajaan Malaysia (Kementerian Dalam Negeri), ternyata penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas Mat Sah amat bertentangan dengan mana-mana prinsip hak asasi manusia.

Kemudian dalam bulan Februari 2009, isu ‘Arbitrary Detention’ ini juga telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh sebuah jawatankuasa kerja di PBB untuk memberi lebih penekanan supaya kerajaan Malaysia melakukan sesuatu yang lebih mulia daripada terus-menerus menahan Mat Sah yang kini ditahan masuk tahun kelapan!

Semua fakta di atas saya masukkan dalam ucapan tersebut. Saya terlupa, berapa kali agaknya draf ucapan itu diubah suai mengikut kepentingan fakta dan masa yang diberi. Beberapa kali saya ucapkan terima kasih pada Andrew Khoo yang telah menyusun semula semua fakta penting dalam ucapan tersebut dan memasukkan elemen perundangan di dalamnya.

Ketika membuat penyusunan itu, Andrew mengatakan beliau membayangkan bagaimana keadaan Mat Sah yang telah tujuh tahun tidak menikmati kehidupan normal kerana terkurung di kem. Beliau dapat merasakan deritanya menjadi tahanan ISA kerana pernah beberapa kali bertemu Mat Sah ketika melawat tahanan ISA di Kem Kamunting.

Pada hari Jumaat, 12 Jun 2009, saya adalah peserta keenam yang diberi peluang berucap. Sebaik saja teks ucapan itu siap, saya segera berlatih supaya dapat membaca dengan lancar dan tenang.

Ucapan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris itu berkisar kepada penahanan tanpa bicara yang memasuki tahun ke tujuh, ‘habeas corpus’ tidak sesuai untuk membebaskan tahanan daripada sudut perundangan, lembaga penasihat yang tiada integriti, tiada ‘charge’ yang membolehkan tahanan didakwa di mahkamah, perisytiharan ‘Arbitrary Detention’, kerinduan Suhaib yang sentiasa menanti kepulangan bapanya.

Dan akhir sekali merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menerima cadangan daripada OHCHR agar sama ada membicarakan Mat Sah di mahkamah atau membebaskannya saja.

Alhamdulillah, saya dapat menyampaikan teks ucapan itu dengan tenang dan fasih. Aku amat bersyukur, kerana segalanya berjalan dengan lancar. Selesai saja kami, barisan NGO menyampaikan ucapan, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Duta Besarnya berkata, isu ‘Arbitrary’ akan diberi keutamaan dan ISA juga dalam proses untuk dikaji semula.

Tagih janji PM

Itulah ucapan yang amat sedap didengar oleh wakil Malaysia di hadapan wakil negara lain demi untuk menutup segala unsur negatif yang telah terpaksa kami nyatakan secara terus terang.

Namun, apakah hakikat sebenar kedudukan ISA di Malaysia? PM Najib Razak memang berjanji untuk mengkaji semula akta itu, tetapi nampaknya daripada bulan April hingga Jun, belum ada sebarang tanda yang beliau mengarahkan sebarang ‘engagement’ antara kerajaan dengan pengamal undang-undang dan NGO yang terlibat secara aktif dalam kempen anti-ISA.

Tidak ada ‘time?frame’ dalam janji-janji PM bahawa ISA akan benar-benar di kaji semula…

Saya amat berterima kasih kepada Forum Asia, sebuah NGO di Bangkok, yang mempunyai beberapa orang kakitangan di Geneva yang banyak membantu menyelesaikan urusan kami ketika berada di PBB.

Mewakili GMI, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana terbesar misi ke Geneva ini terdiri daripada Harakah, kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan dan Pulau Pinang, KeADILan, Kumpulan Usrah Profesional dan JIM di atas bantuan mereka.

Semoga segala bantuan ini akan dikira sebagai satu amalan mulia, solidariti dan sokongan kepada GMI dalam usaha membebaskan Malaysia daripada akta zalim ISA

Posted in Thaqafah | Leave a Comment »

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Posted by jubahputih02 on July 7, 2009

Oleh : Dato’ Paduka Husam Musa

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

 Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

  1. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
  2. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
  3. Kehendak yang kuat
  4. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
  5. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
  6. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

  1. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
  2. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
  3. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
  4. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
  5. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

 Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

 Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

 Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

  1. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara’, tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur’an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur’an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Posted in Thaqafah | Leave a Comment »

Natrah & Kronologi

Posted by jubahputih02 on February 13, 2009